Thursday 23 July 2015

Scammer Forex / Broker

Nota untuk NEWBIE :
Salah satu cara mengenal pasti SCAMMER terlatih dan berpengalaman.. (Trained Scammer)..

Seperti yang kita sedia maklum forex adalah satu perniagaan yang amat hebat dan mampu memberi kejayaan diluar jangkaan dan juga mampu memberi penyakit jantung serta darah tinggi tahap maksimum. Maka zaman sekarang berpusu2 la manusia2 yang masih merangkak2 cuba untuk mencebur diri dengan perniagaan forex dan ramai yang sudah berjaya dan ramai juga yang telah loss. dan seperti yang kita sedia maklum, ramai yang loss lebih dari yang berjaya.. diantara sebabnya selain dari cara trading yang tidak betul, ramai juga yang ditipu oleh para scammer2 yang sudah otai..
Oleh yang demikian, maka wajiblah bagi anda2 newbie untuk mengenalpasti samada anda sebenarnya mengikut dan belajar dari OTAI FOREX ataupun OTAI MARKETING FOREX ataupun OTAI SCAMMER... moga nota ini memberi sedikit cahaya pada anda untuk terus berada didalam dunia forex ini..
Antara ciri2 OTAI SCAMMER..
1- KEBANYAKANnya berperwatakan yang lembut, baik, nampak beragama dan penuh iman didada..
2- DISANJUNGI oleh ramai orang kerana konon sikapnya yang baik, suka membantu semua orang..
3-tiap2 hari SS buat beratus/beribu USD profit..
4-mempergayakan gaya hidup yang sangat mewah pada public..
5-MENJANJIKAN teknik dan hasil yang 0% LOSS
6-seminggu berkali2 amik gamba tunjuk wang berjuta2 kepada anda

Jika anda jumpa dengan manusia yang mempunyai ciri2 seperti ini maka berhati2lah kerana hanya satu dalam seribu sahaja yg mempunyai perwatakan seperti ini tetapi bukan scammer...
Jadi bagaimana untuk pastikan yang lebih lanjut samada mereka2 ini sebenarnya GENUINE SUCCESS TRADER ataupun USTAZ JUTAWAN FOREX?
Senang sahaja...
1- Kenalpasti BROKER apa yang digunakan oleh mereka ini... kenalpasti broker apa yang diPROMOTE oleh mereka... Jika mereka menggunakan BROKER CAP AYAM yang dimana broker tidak regulated, ataupun mereka promote broker2 yang offer bermacam2 jenis plan dan ROI, ataupun jika mereka menggunakan broker yang regulated tetapi regulator dari kepulauan2 yang diduduki oleh hanya beberapa ketul manusia dan selebih2nya hanyalah diduduki oleh monyet2 dan spesis2 beruk tempatan MAKA... anda telah tersilap percaya dan tersilap membawa diri anda didalam dunia forex ini..

Akan tetapi.. ada juga beberapa orang yang masih baru tetapi dianggap otai sifu masta yang membawa ataupun menggunakan broker2 sebegini kerana dia sendiri tidak tahu tentang kebenaran ini.. akhir sekali dengan otai2 ini juga di tipu dan dipergunakan oleh owner2 broker ini.. akhirnya mengakibatkan beliau kerugian duit sendiri dan juga duit2 clientnya dan dalam masa yang sama juga kehilangan kepercayaan.. bagi yang melalui pengalaman seperti ini ia adalah normal... itu dinamakan pengalaman, cuma JANGAN diulanginya lagi dengan menggunakan broker yg lebih kurang sama seperti yang anda gunakan dulu... tetapi ramai juga yang akan buat benda sama juga berulang kali...
Kembali kepada topik diatas... bagaimana cara untuk kenalpasti broker itu bagus ataupun tidak... hanya broker (bukan bank) yang diregulatedkan di UK, US dan AUSTRALIA sahaja adalah broker2 yang akan dikawal secara tegas oleh regulator2. regulator dari tiga negara ini akan memastikan broker2 tersebut tidak menyelewengkan duit2 trader/investor dan mereka sesuka hati boleh mengacau trading anda, freezekan trading anda... dari untung jadi loss dan juga block akaun anda apabila anda sudah profits yg banyak... diantara tiga regulator ini, hanya regulator dari UK (FCA-UK) sahaja yang menawarkan funds guarantee kepada client/investor dimana jika broker2 yang didaftarkan dengan FCA-UK ini bungkus, maka FCA-UK ini akan menggantikan semula duit anda. Tetapi.. fca-uk ada dua.. satu fca-uk dan satu lagi fca-uk EEA.. fca-uk EEA tidak ada funds guarantee seperti fca-uk, ia hanyalah lesen kosong semata2... untuk tahu broker mana yg fca-uk dan broker mana yg fca-uk EEA anda boleh rujuk disni.. http:// www. 100forexbrokers. com/ fsa-regulated-brokers
Maka step yang paling penting ialah menggunakan broker yang strict dan strong bukannya broker yang menawarkan pelbagai plan2 ROI mahupun bonus2. "THERE IS NO FREE MONEY IN ANY BUSINESS"
Anda juga boleh tengok broker2 itu didaftarkan dimana dan dimana alamat ofisnya.. anda cuma perlu copy alamatnya dan pastekan didalan GOOGLE MAPS dan anda boleh lihat dimana opisnya... di negara2 kuat ditengah2 bandarkah?? ataupon didalam pulau2 dimana hanya beruk2 dan chimpanzee saja yang menjadi penduduk tetap distu... bukak mata, bukak akal anda... buat apa broker nak setup opis dipulau dimana pulau itu tiada kepentingan market untuknya?
Ada juga beberapa jawapan yang diberi seperti biasalah.. start kecik2 dlu then jadilah besar... ini adalah dunia forex... ini adalah perniagaan forex... perniagaan yang melibatkan trillion dollars.. jika anda sebagai owner tiada cukup wang untuk membuka broker dengan cara yang betul dan mengharapkan untuk collect duit clients dan kemudian baru nak setup broker btol2 itu pun kalaulah niat mcm tu... kebanyakkan nya sampai masa .. sampai sudah collect jutaan ringgit then terus hilang membisu bersama duit2 clients duit2 pengikut setia duit2 macainya skali dia bawak lari... banyak contoh broker2 malaysia sebelum ini yang macam ni...
Jadi anda sebagai NEWBIE yang masih berhingus yang masih dua tiga tahun didalam dunia forex ini... buka lah akal anda dan jangan hanya nak buat duit dengan cepat.. pilihlah channel yang betul.. pilihlah OTAI SIFU MASTA yang betul supaya anda konsisten didalan perniagaan forex ini... jika tidak sedar tidak sedar anda hanya membuang duit anda sahaja secara konsisten..
Jadi pada otai2 yang telah silap langkah atau dengan sengaja maka kembalilah kepada jalan yang benar... hidup dan meniagalah secara bermaruah... bukan dengan cara scam orang kanan kiri depan belakang... ingatlah bahawa setiap duit yang anda dapat itu adalah haram dan juga setiap duit itu menjadi darah daging didalam diri kita... bersihanlah semula hati anda dengan melakukan perkara yang betul dan tidak lagi bersubahat dengan aktiviti2 scammers yang lain... Mati itu pasti pada suatu hati nanti..
Pada newbie2... Lu Pikirlah Sendiri....

No comments:

Post a Comment